Agropreneur 1

Pengenalan

Program ini khusus untuk golongan belia yang berumur diantara 18 hingga 40 tahun. Pendekatan program ini adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian merangkumi semua aktiviti di dalam rangkaian nilai industri pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

 

Skop Program

Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan belia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi aktiviti projek mengikut sub sektor seperti berikut :

  1. Tanaman
  2. Ternakan
  3. Perikanan
  4. Industri Asas Tani
  5. Agropelancongan
  6. Pemasaran dan perkhidmatan sokongan industri

 

Kategori Program

1. Projek Permulaan

Geran Agropreneur Muda 2019 Flyers

2. Projek Pengembangan

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :

Pemohon menggunakan borang UAM 01/14 (pin. 1/16) dan setiap pemohon layak mengemukakan satu (1) permohonan sahaja.

Jenis Bantuan

Bahagian 1 – Pengenalan

Jenis bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:-

1. Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif Program Pengembangan yang dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi atau Syarikat Peneraju (dilantik MOA) berkaitan dengan projek yang dijalankan.

2. Sumbangan berbentuk barangan (In-kind contribution) mengikut jenis projek yang dicadangkan. Ini merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan supaya pelaksanaanya akan dapat memberikan impak yang lebih besar.

* HANYA LAYAK KEPADA PESERTA DI BAWAH KATEGORI PROJEK PERMULAAN

3. Pakej Khas Pembiayaan bagi pembesaran projek pertanian sediaada dengan had maksimum pembiayaan daripada agensi pembiaya seperti berikut :
Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek
TEKUN Nasional – sehingga RM 50,000 bagi setiap projek

* HANYA LAYAK KEPADA PESERTA DI BAWAH KATEGORI PROJEK PENGEMBANGAN

Tiga tarikh fasa permohonan dibuka iaitu Fasa 1 (1-31 Januari), Fasa 2 (1-31 Mei) dan Fasa 3 (1-30 September).

Untuk makluman dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-88701234 atau e-mel ke [email protected] atau layari laman sesawang www.moa.gov.my.