Cara Mudah Buat Poster Menggunakan Powerpoint. Terdapat pelbagai software di luar sana yang boleh membantu anda di dalam kerja kerja membuat poster ini. Namun begitu ramai yang tidak tahu bahawa dengan menggunakan Microsoft Powerpoint kita boleh menghasilkan poster atau banner yang tidak kurang hebatnya jika dimanfaatkan segala fungsi yang ada.

Biasanya kita menggunakan Powerpoint untuk membuat perbentangan, tetapi sebenarnya ia juga boleh membuat banner ataupun poster. Tetapi jika anda memang sudah mahir menggunakan Adobe Photoshop atau seumpamanya, kaedah ini tidak sesuai untuk anda.

Microsoft Powerpoint merupakan antara software yang boleh diguna untuk membuat poster. Cara buat poster menggunakan Powerpoint:

  1. Buka Powerpoint dan tekan pada button Design.
  2. Selepas itu, klik pada Slide Size.
  3. Tekan pada pada Custom Slide Size.

buat banner powerpoint

4. tekan pada Slides sized for. Terdapat pelbagai saiz kertas yang boleh dipilih. Kebiasaan saiz untuk poster adalah antara                          A3 Paper(297x420mm) atau A4 Paper(210x297mm). Boleh pilih saiz yang lebih besar jika anda mahu, mengikut kesesuaian poster atau banner anda.

5. Selesai memilih saiz, klik pada Orientation field untuk memilih sama ada landscape atau portrait (mengikut kehendak). Selepas itu klik OK, boleh pilih sama ada Maximize atau Ensure Fit.


Telegram logo


Pilih senarai background yang disediakan Powerpoint pada butang Design. Tetapi jika anda inginkan kelainan, anda boleh download sahaja di google gambar yang anda sukai. Tetapi pastikan gambar yang anda inginkan itu mempunyai dpi 300 (high resolution photo) bagi hasil poster yang lebih menarik.

  1. Anda boleh mula membuat poster anda!
  2. Apabila design poster anda sudah siap, terus tekan pada butang
  3. Klik pada Save As.
  4. Klik Browse untuk simpan di lokasi file.
  5. Klik Save as type.
  6. Pilih PDF.
  7. Klik Save

Selain dari itu anda boleh rujuk video di bawah untuk melihat kaedah menarik dalam penghasilan poster menggunakan Powerpoint.


Guna laman web di bawah untuk tukarkan Pdf ke Jpg, gambar yang di save melalui kaedah ini lebih tinggi resolution dia jika anda terus save dari powerpoint.

Selepas anda save sebagai pdf, anda perlu convert semula pdf tersebut ke jpg. Kaedah ini mudah sahaja iaitu dengan menggunakan Converter Online yang banyak ada di internet, seperti:

Diharapkan dengan tips dan tutorial ini, dapat memudahkan lagi anda untuk membuat poster menggunakan Powerpoint.


10 Tips Untuk Mengurangkan Stress Ketika Musim Peperiksaan

1) Buat Jadual

jadual

Umumnya, pelajar tidak dapat menyusun kehidupan rutin belajar mereka dengan baik dan jika ada pun mereka gagal mengikutinya dengan tekal. Jadual mengulangkaji pelajaran ketika hari biasa adalah berbeza dengan jadual mengulangkaji ketika menghadapi peperiksaan. Jadual ulangkaji ketika peperiksaan haruslah dibina berdasarkan mata pelajaran yang dilalui untuk esok harinya atau yang terdekat . Jadual harus dibina mengikut kesesuaian aktiviti seharian dan perlu diikuti dengan disiplin yang ketat kerana tanpa jadual atau konsistensi yang betul, sangat sukar untuk mencapai keputusan yang di inginkan.

Bukan sahaja pelajar perlu ada jadual atau rutin tertentu tetapi kebanyakan mereka yang berjaya dalam hidup, mereka semua mempunyai corak atau rutin yang mereka ikuti secara tetap.

Jadi buatlah jadual rutin dan selaraskan dengan semua aktiviti yang anda lakukan dalam kehidupan seharian. Ia akan menjadikan anda seoarang pelajar yang lebih konsisten.

2) Ambil Makanan Sihat: –

Pemakanan Sihat 5 Makan BerseratSetelah mengikuti semua perkara di atas sekarang tiba waktunya untuk menjaga kesihatan anda. Perkara yang penting ini sering diabaikan oleh hampir semua orang. Gaya hidup yang sihat adalah perkara yang paling penting dalam hidup anda. Dengan kata lain, “kesihatan adalah kekayaan sebenar dan terbesar dalam hidup”.

Pelajar biasanya tidak menjaga kesihatan mereka dengan sempurna dan mengamalkan mengambil makanan ringan secara tetap. Secara tidak sedar makanan ringan yang mereka ambil merupakan penyumbang terbesar kepada masalah stres. Oleh itu, jagalah kesihatan anda. Elakkan makanan ringan dan makanlah makanan yang sihat dan berkhasiat.

Amalkan Pemakanan yang seimbang  yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

3) Dapatkan Cukup Tidur: –

sleep

Kini telah menjadi sebahagian amalan, kebanyakan pelajar kerap menggunakan telefon pintar mereka sehingga larut malam dan bangun pada lewat pagi. Ini merupakan tabiat yang sangat buruk bagi seorang pelajar. Banyak penyelidikan mengatakan orang yang tidak tidur cukup, akan mempunyai masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan masalah lain.

Pastikan anak masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulang kaji pada waktu awal pagi walaupun hanya 20 ataupun 30 minit. Pada waktu ini, fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman.

Oleh itu, tidur dengan sempurna, sekurang-kurangnya 7 jam untuk mengelakkan masalah seperti tekanan peperiksaan. Dapatkan tidur yang betul serta secukupnya dan bangun awal yang akan membantu anda mengekalkan rutin anda.

4) Bersukan: –

sport

Ramai pelajar tidak bersukan atau aktif melakukan aktiviti fizikal ketika musim peperiksaan mereka. Ini adalah tindakan yang kurang tepat. Otak anda juga perlukan rehat. Selitkan dalam jadual anda sedikit ruang untuk bermain dan bersosial dengan rakan-rakan anda, ianya akan dapat menyegarkan minda anda dan menghalang tekanan ketika peperiksaan anda.

 

Click untuk bacaan seterusnya disini….    10 2 click here free download png