Contoh Surat Memohon Sumbangan atau Tajaan. Pihak sekolah, panitia dan kelab guru biasanya akan menganjurkan pelbagai program, program tersebut adalah untuk pendidikan dan keperluan anak-anak di sekolah. Sebagai contoh, ketika hari kanak-kanak, sekolah akan memohon sumbangan seperti air Milo, sumbangan makanan, dan juga sumbangan buku kanak-kanak.

Guru-guru juga boleh memohon sumbangan luar untuk dijadikan hadiah pada hari guru, majlis makan malam dan sebagainya.

Syarikat korporat khususnya, mempunyai peruntukan untuk kebajikan sosial, sumbangan yang mereka berikan juga membolehkan mereka mendapat pelepasan cukai.

Senarai syarikat yang mungkin anda boleh cuba mohon:

  • Adabi
  • Sime Darby
  • PTS Publication
  • Jalen Sdn Bhd
  • Raffelinna Sdn Bhd
  • BIMB
  • CIMB
  • Bank Rakyat
  • KPJ
  • Pantai Hospital
  • Lembaga Pelabuhan
  • Seng Heng
  • Aeon (M)
  • Nestle
  • Petronas
  • Mydin
  • Tesco (M)
  • Yayasan Al-Bukhari
  • Celcom Axiata
  • Astro
  • Legoland

Kepada guru-guru, disini ingin dikongsikan  Contoh Surat Memohon Sumbangan atau Tajaan. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Contoh Surat Memohon Sumbangan

DOWNLOAD :

Contoh Surat Memohon Sumbangan atau Tajaan



Telegram logo


10 Tips Untuk Mengurangkan Stress Ketika Musim Peperiksaan

1) Buat Jadual

jadual

Umumnya, pelajar tidak dapat menyusun kehidupan rutin belajar mereka dengan baik dan jika ada pun mereka gagal mengikutinya dengan tekal. Jadual mengulangkaji pelajaran ketika hari biasa adalah berbeza dengan jadual mengulangkaji ketika menghadapi peperiksaan. Jadual ulangkaji ketika peperiksaan haruslah dibina berdasarkan mata pelajaran yang dilalui untuk esok harinya atau yang terdekat . Jadual harus dibina mengikut kesesuaian aktiviti seharian dan perlu diikuti dengan disiplin yang ketat kerana tanpa jadual atau konsistensi yang betul, sangat sukar untuk mencapai keputusan yang di inginkan.

Bukan sahaja pelajar perlu ada jadual atau rutin tertentu tetapi kebanyakan mereka yang berjaya dalam hidup, mereka semua mempunyai corak atau rutin yang mereka ikuti secara tetap.

Jadi buatlah jadual rutin dan selaraskan dengan semua aktiviti yang anda lakukan dalam kehidupan seharian. Ia akan menjadikan anda seoarang pelajar yang lebih konsisten.

2) Ambil Makanan Sihat: –

Pemakanan Sihat 5 Makan BerseratSetelah mengikuti semua perkara di atas sekarang tiba waktunya untuk menjaga kesihatan anda. Perkara yang penting ini sering diabaikan oleh hampir semua orang. Gaya hidup yang sihat adalah perkara yang paling penting dalam hidup anda. Dengan kata lain, “kesihatan adalah kekayaan sebenar dan terbesar dalam hidup”.

Pelajar biasanya tidak menjaga kesihatan mereka dengan sempurna dan mengamalkan mengambil makanan ringan secara tetap. Secara tidak sedar makanan ringan yang mereka ambil merupakan penyumbang terbesar kepada masalah stres. Oleh itu, jagalah kesihatan anda. Elakkan makanan ringan dan makanlah makanan yang sihat dan berkhasiat.

Amalkan Pemakanan yang seimbang  yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

3) Dapatkan Cukup Tidur: –

sleep

Kini telah menjadi sebahagian amalan, kebanyakan pelajar kerap menggunakan telefon pintar mereka sehingga larut malam dan bangun pada lewat pagi. Ini merupakan tabiat yang sangat buruk bagi seorang pelajar. Banyak penyelidikan mengatakan orang yang tidak tidur cukup, akan mempunyai masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan masalah lain.

Pastikan anak masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulang kaji pada waktu awal pagi walaupun hanya 20 ataupun 30 minit. Pada waktu ini, fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman.

Oleh itu, tidur dengan sempurna, sekurang-kurangnya 7 jam untuk mengelakkan masalah seperti tekanan peperiksaan. Dapatkan tidur yang betul serta secukupnya dan bangun awal yang akan membantu anda mengekalkan rutin anda.

4) Bersukan: –

sport

Ramai pelajar tidak bersukan atau aktif melakukan aktiviti fizikal ketika musim peperiksaan mereka. Ini adalah tindakan yang kurang tepat. Otak anda juga perlukan rehat. Selitkan dalam jadual anda sedikit ruang untuk bermain dan bersosial dengan rakan-rakan anda, ianya akan dapat menyegarkan minda anda dan menghalang tekanan ketika peperiksaan anda.

Click untuk bacaan seterusnya disini….   10 2 click here free download png