Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP)
Sebanyak tujuh (7) DSKP KSKP telah dimuat naik ke DSKP KSKP Prasekolah ini. Mata pelajaran yang terlibat adalah:
|
DiPERSILAKAN CLICK DIBAWAH INI
PERKARA |
SUBJEK PRASEKOLAH |
SILA CLICK SEBELAH UNTUK MENDAPATKANHIMPUNAN DSKP KSKP Prasekolah |
|
PENDAHULUAN
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia pendidikan. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan dapat membekalkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif untuk pembelajaran yang seterusnya.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Pendidikan Khas adalah wadah utama yang menjadi panduan guru dalam mendukung hasrat negara bagi menyediakan pendidikan prasekolah kepada generasi masa kini dan akan datang.
KSPK Pendidikan Khas digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak. Kandungan KSPK Pendidikan Khas adalah berasaskan enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri.
Antara perkara yang diberi penekanan dalam pengubalan KSPK Pendidkan Khas ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dinyatakan secara eksplisit dalam penulisan Standard Pembelajaran. Guru perlu menterjemah Standard Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah dengan penekanan kepada KBAT yang sesuai dengan MBK masalah pembelajaran.
Perincian dalam dokumen ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan PdP untuk murid secara berkesan. Aktiviti yang dirancang perlu memberi pengalaman yang menyuburkan dan menyeronokkan, melibatkan murid secara aktif serta selamat. Guru digalak menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun, mengolah dan mempelbagai aktiviti yang sesuai untuk MBK masalah pembelajaran.
Kandungan yang dipelajari di prasekolah merupakan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan murid sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan seterusnya.
MATLAMAT
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran bertujuan memperkembang potensi MBK masalah pembelajaran berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri MBK masalah pembelajaran agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya.
OBJEKTIF
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran menyediakan peluang kepada MBK masalah pembelajaran untuk mencapai objektif seperti yang berikut:
1. Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
2. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
3. Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
4. Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia.
5. Menyayangi dan menghargai alam sekitar.
6. Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri.
7. Membina keupayaan menguruskan diri.
8. Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri.
9. Mengembangkan daya kreativiti dan estetika.
10. Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.