Antara aktivi yang selalu dijalankan setiap kali kem-kem motivasi, perkhemahan, kursus kepimpinan adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Ramai yang mencari Himpunan Modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk digunakan di dalam aktiviti kumpulan.
Sebagai permulaan kebiasaannya kita akan buat Ice Breaking, apakah maksud ice breaking ini? Ice Breaking ini sebenarnya aktiviti sesi pengenalan, memisahkan ‘geng’ yang sudah biasa, untuk masuk ke dalam kumpulan lain. Semua peserta berhimpun untuk mendengar taklimat awal dari Ketua Fasilitator, selaku Fasilitator ‘Ice-Breaking’ akan membuat pembahagian kumpulan mengikut Bulan Kelahiran, peserta akan berkumpul mencari ahli kumpulan mereka tanpa menggunakan suara. sesuai untuk program:
Ada pelbagai modul aktiviti LDK yang menarik dan boleh disesuaikan mengikut program dan peringkat umur. Di kesempatan ini admin ingin kongsikan Koleksi Modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang boleh digunakan oleh Fasilitator untuk Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah. |
10 Tips Untuk Mengurangkan Stress Ketika Musim Peperiksaan
1) Buat Jadual
Umumnya, pelajar tidak dapat menyusun kehidupan rutin belajar mereka dengan baik dan jika ada pun mereka gagal mengikutinya dengan tekal. Jadual mengulangkaji pelajaran ketika hari biasa adalah berbeza dengan jadual mengulangkaji ketika menghadapi peperiksaan. Jadual ulangkaji ketika peperiksaan haruslah dibina berdasarkan mata pelajaran yang dilalui untuk esok harinya atau yang terdekat . Jadual harus dibina mengikut kesesuaian aktiviti seharian dan perlu diikuti dengan disiplin yang ketat kerana tanpa jadual atau konsistensi yang betul, sangat sukar untuk mencapai keputusan yang di inginkan.
Bukan sahaja pelajar perlu ada jadual atau rutin tertentu tetapi kebanyakan mereka yang berjaya dalam hidup, mereka semua mempunyai corak atau rutin yang mereka ikuti secara tetap.
Jadi buatlah jadual rutin dan selaraskan dengan semua aktiviti yang anda lakukan dalam kehidupan seharian. Ia akan menjadikan anda seoarang pelajar yang lebih konsisten.
2) Ambil Makanan Sihat: –
Setelah mengikuti semua perkara di atas sekarang tiba waktunya untuk menjaga kesihatan anda. Perkara yang penting ini sering diabaikan oleh hampir semua orang. Gaya hidup yang sihat adalah perkara yang paling penting dalam hidup anda. Dengan kata lain, “kesihatan adalah kekayaan sebenar dan terbesar dalam hidup”.
Pelajar biasanya tidak menjaga kesihatan mereka dengan sempurna dan mengamalkan mengambil makanan ringan secara tetap. Secara tidak sedar makanan ringan yang mereka ambil merupakan penyumbang terbesar kepada masalah stres. Oleh itu, jagalah kesihatan anda. Elakkan makanan ringan dan makanlah makanan yang sihat dan berkhasiat.
Amalkan Pemakanan yang seimbang yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
3) Dapatkan Cukup Tidur: –
Kini telah menjadi sebahagian amalan, kebanyakan pelajar kerap menggunakan telefon pintar mereka sehingga larut malam dan bangun pada lewat pagi. Ini merupakan tabiat yang sangat buruk bagi seorang pelajar. Banyak penyelidikan mengatakan orang yang tidak tidur cukup, akan mempunyai masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan masalah lain.
Pastikan anak masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulang kaji pada waktu awal pagi walaupun hanya 20 ataupun 30 minit. Pada waktu ini, fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman.
Oleh itu, tidur dengan sempurna, sekurang-kurangnya 7 jam untuk mengelakkan masalah seperti tekanan peperiksaan. Dapatkan tidur yang betul serta secukupnya dan bangun awal yang akan membantu anda mengekalkan rutin anda.
4) Bersukan: –
Ramai pelajar tidak bersukan atau aktif melakukan aktiviti fizikal ketika musim peperiksaan mereka. Ini adalah tindakan yang kurang tepat. Otak anda juga perlukan rehat. Selitkan dalam jadual anda sedikit ruang untuk bermain dan bersosial dengan rakan-rakan anda, ianya akan dapat menyegarkan minda anda dan menghalang tekanan ketika peperiksaan anda.