Himpunan soalan tatabahasa spm eperkhidmatan

Berikut adalah Himpunan Soalan Tatabahasa SPM – Himpunan Soalan yang dikutip daripada SPM 2017 dan juga soalan-soalan percubaan SPM dari negeri-negeri seluruh Malaysia….
Tatabahasa ialah bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian daripada bidang ilmu yang mempelajari bahasa iaitu linguistik. Tatabahasa merupakan bidang ilmu yang perlu kita pelajari. Biarpun bahasa ibunda kita adalah Bahasa Melayu, namun tidak semestinya kita mengusai tatabahasanya dengan baik…Semoga Bermanafaat..
DIPERSILAKAN KLIK AND SHARE …..
Sila Muat Turun : Himpunan Soalan Tatabahasa SPM Di sini

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/gurubesar dan Follow kami di Telegram di https://telegram.me/gurubesar7 untuk pelbagai info, maklumat serta bahan terkini…..

telegram eperkhidmatan 3

Contoh Latihan Tatabahasa Yang Disediakan

Latihan Tatabahasa 4 (Pulau Pinang – Set 1)

a). Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

 [6 markah]

b). Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)       Polis telah berjaya memberkas pengedar dadah itu dengan bantuan orang ramai.

(ii)      Kerajaan telah melancarkan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak untuk membanteras penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak.

(iii)    Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu motosikal itu pada awal bulan lalu.

                                                                                                                [6 markah]

 

c). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyeneraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

                                                                                                                                [6 markah]

d). Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata dan istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 (i)          Masalah obesiti di kalangan masyarakat Malaysia semakin memeningkan akhir-akhir ini.

(ii)         Walaupun kerja yang saya lakukan agak rumit bahkan saya melaksanakan kerja tersebut dengan penuh tanggungjawab.

       (iii)         Pelajar yang ponteng sekolah itu lari lintang pukang apabila disapa oleh guru disiplin.

[6 markah]

e). Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal.

[6 markah]

KESIMPULAN

Himpunan Soalan Tatabahasa SPM ini diadakan dengan matlamat untuk memudahkan rujukan, mengukuhkan pemahaman dan meningkatkan pencapaian pelajar. Diharapkan para ibubapa, guru dan pelajar memperoleh manafaat semaksimum mungkin apabila menggunakannya.


IKLAN :

…..SILA KLIK DI BAWAH untuk dapatkan Pelbagai Jenis Nota, Soalan Peperiksaan, Skema Jawapan, Tips Peperiksaan, Ramalan, Soalan KBAT, Nota, Modul, Latihan, Rujukan, Informasi dan sebagainya dalam dunia pendidikan..

gurubesar brand