Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019….. Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas. Ia merupakan peperiksaan kebangsaan yang utama, yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.
SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasiatau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.
SPM terbuka kepada semua pelajar yang telah menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah atau sekurang-kurangnya telah menghabiskan dua tahun sekolah menengah selepas PMR.
Objektif SPM adalah untuk persijilan mata pelajaran. Ia merekodkan pencapaian pelajar/calon dalam setiap mata pelajaran yang lulus sahaja berserta dengan syarat minimum lulus Bahasa Melayu.
Ia dugunakan untuk kemasukan ke institut pengajian tinggi berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang hendak diikuti.
Ia juga digunakan untuk kelayakan mendapatkan biasiswa dan untuk tujuan-tujuan pekerjaan.
Sila Dapatkan “Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019” di sini
MUAT TURUN : Jadual Waktu SPM 2019
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/gurubesar dan Follow kami di Telegram di https://telegram.me/gurubesar7 untuk pelbagai info, maklumat serta bahan terkini…..
Sekolah Terbaik SPM 2010 -2018
Tahun | Sekolah SBP KPM | GPS | MRSM | GPS | Sekolah Swasta | GPS | Sekolah Harian KPM | GPS |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2010 | SMS Tuanku Munawir | 0.8874 | MRSM Pengkalan Chepa | 0.83 | Kolej Yayasan Saad | 0.66 | ||
2011 | Kolej Tunku Kurshiah | 0.9230 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.00 | ||||
2012 | Sekolah Seri Puteri | 1.0422 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.039 | SMK Sultan Ismail, JB | |||
2013 | Sekolah Tun Fatimah | 0.8410 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.1329 | ||||
2014 | SMS Tuanku Munawir | 1.1568 | MRSM Taiping | 1.0681 | Kolej Yayasan Saad | 0.94 | SMK Infant Jesus Convent,JB | 1.16 |
2015 | SMS Tuanku Munawir | 1.4029 | MRSM Taiping | 1.436 | Kolej Yayasan Saad | 1.15 | Smk Infant Jesus Convent,JB | 1.56 |
2016 | Kolej Tunku Kurshiah | 1.31 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.22 | Kolej Yayasan Saad | 1.6 | ||
2017 | Sekolah Tun Fatimah | 1.109 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.436 | Kolej Yayasan Saad | 1.21 | ||
2018 | Sekolah Tun Fatimah | 1.31 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.48 | Kolej Yayasan Saad | 1.24 |
Panduan dan arahan kepada calon peperiksaan SPM
- Calon hendaklah semak kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan buku soalan.
- Calon dilarang meniru, memberi tiru, menyamar, tukar tempat duduk dan menyeleweng. Gerak geri calon yang mencurigakan akan diperhatikan.
- Botol air diletak di kaki meja.
- Kad pengenalan dan slip peperiksaan letak di atas meja sebelah kanan. Jika hilang, jangan panik, dapatkan surat pengesahan daripada sekolah.
- Pastikan calon mematuhi Peraturan Peperiksaan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Peraturan Sekolah dan peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia . Jika melanggar peraturan, keputusan peperiksaan boleh digantung.
- Nota, kertas, buku, surat khabar, kotak pensel, beg pensel jernih, telefon bimbit, alat komunikasi dilarang bawa masuk.
- Gunakan pensel 2B atau BB untuk Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB/ OMR).
- Sebaiknya gunakan pen hitam untuk Buku Jawapan atau Helaian Tambahan. Ikat Helaian Tambahan dengan benang, mengikut susunan nombor soalan. Jangan malu minta Helaian Tambahan, cuma angkat tangan.
- 30 minit pertama calon dilarang keluar dewan.
- 10 minit terakhir calon juga dilarang keluar dewan.
- Patuhi etika berpakaian dan rambut pendek. Calon dilarang merokok.
- Calon ke tandas bersama Pengawas Peperiksaan. Calon dilarang berbual, berkomunikasi dan membaca nota di dalam tandas. Semasa ke tandas, calon mungkin mendapatkan bantuan daripada orang luar.
- Calon dibenarkan bawa dan guna sebarang jenis kalkulator termasuk Matematik 2.
- Calon yang keluar awal atau ke tandas mungkin menyeludup soalan. Pemeriksaan spontan dan soal siasat akan dilakukan. Bukti penyelewengan akan disimpan.