kalendar 2019 2

Berikut adalah Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2019 di Malaysia. Ia adalah berdasarkan tarikh yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia. Kalendar ini tertakluk kepada perubahan dan mungkin ada pengubah suaian. Sila semak laman web ini untuk maklumat terkini.

Semoga Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2019 ini dapat membantu kita semua dalam membuat perancangan awal percutian seperti memilih tarikh, lokasi dan sebagainya. Semoga bermanafaat….

Skrol ke bawah untuk melihat senarai kalendar seluruh negara atau pilih kalendar negeri anda.

kalendar 2019

TARIKH

HARI

CUTI

NEGERI
TERLIBAT

1 Jan

Selasa

Tahun Baru 2019

Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang, Perak, Penang, Sabah, Sarawak, Selangor,Kuala
Lumpur, Putrajaya dan
Labuan

14 Jan

Isnin

Hari Keputeraan Yang
di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Negeri Sembilan

20 Jan

Ahad

Hari Keputeraan
Sultan Kedah

Kedah

21 Jan

Isnin

Thaipusam

Kuala
Lumpur, Putrajaya, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Penang dan
Selangor

1 Feb

Jumaat

Hari Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya

5 Feb

Selasa

Tahun Baru Cina

 

Semua Negeri

 

6 Feb

Rabu

4 Mac

Isnin

Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan
Terengganu

Terengganu

23 Mac

Sabtu

Hari Keputeraan
Sultan Johor

Johor

3 Apr

Rabu

Israk & Mikraj

Kedah, Negeri Sembilan & Perlis

15 Apr

Isnin

Hari Perisytiharan
Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah

Melaka

19 Apr

Jumaat

Good Friday

Sabah &
Sarawak

26 Apr

Jumaat

Hari Keputeraan
Sultan Terengganu

Terengganu

1 Mei

Rabu

Hari Pekerja

Semua Negeri

6 Mei

Isnin

Awal Ramadan

Johor, Kedah & Melaka

7 Mei

Selasa

Hari Hol Pahang

Pahang

19 Mei

Ahad

Hari Wesak

Semua Negeri

22 Mei

Rabu

Nuzul Al-Quran

Kelantan,
Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur , Putrajaya & Labuan

30 Mei

Khamis

Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)

 

Sabah & Labuan

 

31 Mei

Jumaat

1 Jun

Sabtu

Hari Gawai

 

Sarawak

 

2 Jun

Ahad

5 Jun

Rabu

Hari Raya Aidilfitri

Semua Negeri

6 Jun

Khamis

Hari Raya Aidilfitri

Semua Negeri

7 Jul

Ahad

Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia

Pulau Pinang

13 Jul

Sabtu

Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Pulau Pinang

17 Jul

Rabu

Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis

Perlis

22 Jul

Isnin

Hari Kemerdekaan
Sarawak

Sarawak

11 Ogs

Ahad

Hari Raya Qurban (Aidiladha)

Semua Negeri

12 Ogs

Isnin

Hari Raya Qurban (Aidiladha)

Kedah,
Kelantan, Perlis & Terengganu

31 Ogs

Sabtu

Hari Kebangsaan

Semua Negeri

1 Sep

Ahad

Awal Muharram (Maal Hijrah)

Semua Negeri

9 Sep

Isnin

Hari Keputeraan Yang
di-Pertuan Agong

Semua Negeri

16 Sep

Isnin

Hari Malaysia

Semua Negeri

5 Okt

Sabtu

Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar

Johor

5 Okt

Sabtu

Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah

Sabah

11 Okt

Jumaat

Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka

Melaka

12 Okt

Sabtu

Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Sarawak

24 Okt

Khamis

Hari Keputeraan
Sultan Pahang

Pahang

27 Okt

Ahad

Deepavali

Semua Negeri Kecuali Sarawak

1 Nov

Jumaat

Hari Keputeraan
Sultan Perak

Perak

9 Nov

Sabtu

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)

Semua Negeri

11 Nov

Isnin

Hari Keputeraan
Sultan Kelantan

Kelantan

12 Nov

Selasa

11 Dis

Rabu

Hari Keputeraan
Sultan Selangor

Selangor

25 Dis

Rabu

Hari Krismas

Semua Negeri

CUTI DAN PENGGAL PERSEKOLAHAN 2019

CUTI DAN PENGGAL PERSEKOLAHAN 2019

Artikel Pilihan 1:-

Artikel : Berita Harian, Jumaat, 30 November 2018 | 12:49pm
Diolah semula oleh : https://e-perkhidmatan.com

Image result for cuti sekolahMusim cuti persekolahan hujung tahun yang panjang sudah bermula. Anak pasti gembira selepas hampir setahun bersusah payah ke sekolah demi menjadi insan yang berguna.

Bagi yang menduduki peperiksaan utama pula pasti berdebar menanti saat keputusan peperiksaan diumumkan. Malah bagi yang selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lebih merunsingkan, apabila keputusannya nanti menentukan ke mana arah tuju pendidikan seterusnya, selain bakal mencorakkan kerjaya masa depan.

Namun, kegembiraan cuti panjang ini mungkin bertukar kepada kebimbangan sesetengah ibu bapa terutama apabila memikirkan apa yang akan dilakukan oleh anak di rumah. Sementelah lagi ketika ibu bapa tiada di rumah kerana sibuk dengan tugasan dan kerjaya masing-masing. Justeru, pelbagai aktiviti bermanfaat boleh dirancang agar masa yang ada tidak berlalu sia-sia.

Antaranya dengan menghantar anak ke kelas pemantapan bahasa Inggeris mahupun mempelajari bahasa Mandarin dan bahasa Tamil agar selesa bergaul bersama rakan berlainan bangsa. Ini sekali gus mampu mewujudkan nilai toleransi dan keharmonian kaum dalam masyarakat majmuk mengikut acuan Malaysia.

Dalami ilmu agama

Image result for mengajiPada masa sama, ibu bapa Muslim secara khusus, diajak mengambil kesempatan masa cuti untuk menghantar anak mendalami ilmu agama melalui kursus pendek yang banyak dianjurkan seperti kelas tahsin al-Quran, kelas tahfiz al-Quran dan kelas tahsinus solah. Selain itu, terdapat program motivasi peningkatan jati diri, smart learning, bagaimana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan juga boleh menjadi pilihan ibu bapa. Ibu bapa boleh menghantar anak ke pusat tuisyen sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan utama menjelang sesi persekolahan yang baharu agar persiapan rapi dapat dilakukan sejak awal tahun lagi.

Mengambil Lesen Memandu

Image result for lesen memanduBagi yang berkemampuan bolehlah memenuhkan masa lapang dengan menghantar anak belajar memandu di pusat latihan memandu yang bertauliah. Ini juga penting kerana terdapat anak bermotosikal ke sekolah, tetapi tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Implikasinya apabila berlaku perkara yang tidak diingini seperti terlibat dengan kemalangan dalam perjalanan ke sekolah ibu bapa juga yang menanggung akibat. Malah, kegilaan sesetengah anak remaja yang bermotosikal tanpa lesen dan tidak mengenakan topi keselamatan lebih merumitkan ibu bapa dan pihak berkuasa.

Melibatkan Diri Dengan Gotong-royong

Image result for gotong royongLebih daripada itu, musim cuti persekolahan juga adalah masa terbaik untuk ibu bapa yang berkerjaya menghabiskan cuti tahun bersama anak. Ini dapat dilakukan dengan bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar rumah yang kemungkinan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes mahupun sarang binatang berbahaya seperti tikus dan ular. Selain itu, boleh juga dirancang untuk melancong atau bercuti ke tempat menarik di dalam atau luar negara mengikut bajet dan kemampuan masing-masing. Ibu bapa juga boleh membawa anak pulang ke kampung halaman yang jauh daripada hiruk-pikuk kota raya yang pastinya mendamaikan dan udara yang menyihatkan.

Bercucuk Tanam

Image result for bercucuk tanamSelain menziarahi orang tua dan saudara-mara di kampung, pelbagai aktiviti bermanfaat juga boleh dilakukan. Misalnya dengan mengajar anak asas bercucuk tanam ataupun memelihara ayam dan itik yang mula asing bagi anak abad ke-21 ini. Boleh jadi terdapat dalam kalangan mereka yang tidak pernah memberi makan kepada ayam itik sehingga jadi pengalaman yang mengujakan. Anak juga boleh diajar memancing di sawah ataupun sungai berdekatan, selain memupuk rasa kecintaan sebenar kepada alam sekitar yang kemungkinan hanya diketahui melalui teori yang ada dalam buku sekolah.

Malah, cuti sekolah juga boleh dimanfaatkan oleh guru dan pendidik demi mempertautkan hubungan kekeluargaan. Berkemungkinan ketika musim persekolahan banyak masa ditumpukan untuk mendidik anak bangsa, maka masa cuti elok dimanfaatkan untuk mendidik anak sendiri. Usah jadi seperti kera di hutan disusukan sedangkan anak sendiri dibiar kelaparan.

Click untuk bacaan seterusnya disini….   

CLICK HERE