MySPR : Cara Semak Tempat Mengundi Anda l Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

MySPR : Cara Semak Tempat Mengundi Anda. Berikutan pengumuman baharu daripada Perdana Menteri mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kini, anda boleh membuat semakan daftar pemilih dalam masa terdekat bagi mengetahui tempat mengundi anda tika berlansungnya PRU yang ke-15.

Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen.

Jelas disini, PRU-15 mesti diadakan sebelum 9 Disember 2022 iaitu dalam tempoh 60 hari darpada pembubaran parlimen.

Cara Membuat Semakan Bagi Mengetahu Tempat Mengundi

Anda boleh membuat semakan melalui 3 cara dibawah. Bagi memudahkan urusan anda, kami menyediakan khas kepada anda, cara-cara untuk membuat semakan berdasarkan cara dibawah.

  • Portal MySPR

  • Aplikasi MySPR

  • Hotline SPR


Telegram logo


Semakan Tempat Mengundi Melalui Portal MYSPR

Berikut merupakan cara untuk membuat semakan melalui portal rasmi SPR , MYSPR:

  1. Sila layari laman portal rasmi SPR : https://mysprsemak.spr.gov.my/
  2. Kemudia klik pada pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  3. Sila masukkan No. Kad Pengenalan anda (cth: 99xxxxxxxxxxx) / No. Perkhidmatan Tentera (cth: Txxxxxx)/ No. Perkhidmatan Polis (cth:RFxxxxxxx/RFSxxxxxx/Gxxxxxxxx). (Tanpa atau jarak)
  4. Anda perlu memasukkan aksara captcha (4 angka) terlebih dahulu.
  5. Sila semak maklumat peribadi anda dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;• Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh anda, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;• Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.

Semakan Daftar Pemilih Melalui Talian Hotline SPR

Anda boleh hubungi 03-88927018 untuk semakan melalui talian telefon. Ia merupakan cara mudah bagi anda yang boleh dapatkan input dengan pantas dan mudah.

Semakan Daftar Pemilih Di Aplikasi MySPR Semak

Terdapat cara yang mudah bagi anda untuk membuat semakan, anda juga boleh menggunakan aplikasi rasmi MySPR yang menampilkan kemudahan dan maklumat penting secara pantas. Rujuk cara-cara dibawah:

unnamed

1. Sila Muat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:

Apple Store: Download Aplikasi MySPR

Google Play: Download Aplikasi MySPR

2. Sila isi nombor kad pengenalan anda yang berjumlah 12 angka

3. Kemudian masukkan aksara captcha (4 angka)

4. Semak maklumat peribadi anda dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;

• Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;

• Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.

Inisiatif Yang Diambil Oleh SPR Bagi Memudahkan Kerja Mengundi Rakyat Malaysia

Melalui usaha pihak SPR, Kini anda boleh membuat semakan dengan pantas dan mudah melalui MySPR . Semakan melalui aplikasi yang disediakan merupakan inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia bagi membuat semakan status pendaftaran pemilih, tempat mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) dan pemberitahuan info semasa PRU15.

Melalui aplikasi MySPR ini juga , pihak SPR akan menyediakan kemudahan  dari segi semakan calon-calon undi dan keputusan pilihan raya nanti. Segala makluman akan diupdate oleh pihak SPR.

Diharapkan rakyat Malaysia terus bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum kali ke 15 yang akan berlansung tidak lama lagi.


10 Tips Untuk Mengurangkan Stress Ketika Musim Peperiksaan

1) Buat Jadual

jadual

Umumnya, pelajar tidak dapat menyusun kehidupan rutin belajar mereka dengan baik dan jika ada pun mereka gagal mengikutinya dengan tekal. Jadual mengulangkaji pelajaran ketika hari biasa adalah berbeza dengan jadual mengulangkaji ketika menghadapi peperiksaan. Jadual ulangkaji ketika peperiksaan haruslah dibina berdasarkan mata pelajaran yang dilalui untuk esok harinya atau yang terdekat . Jadual harus dibina mengikut kesesuaian aktiviti seharian dan perlu diikuti dengan disiplin yang ketat kerana tanpa jadual atau konsistensi yang betul, sangat sukar untuk mencapai keputusan yang di inginkan.

Bukan sahaja pelajar perlu ada jadual atau rutin tertentu tetapi kebanyakan mereka yang berjaya dalam hidup, mereka semua mempunyai corak atau rutin yang mereka ikuti secara tetap.

Jadi buatlah jadual rutin dan selaraskan dengan semua aktiviti yang anda lakukan dalam kehidupan seharian. Ia akan menjadikan anda seoarang pelajar yang lebih konsisten.

2) Ambil Makanan Sihat: –

Pemakanan Sihat 5 Makan BerseratSetelah mengikuti semua perkara di atas sekarang tiba waktunya untuk menjaga kesihatan anda. Perkara yang penting ini sering diabaikan oleh hampir semua orang. Gaya hidup yang sihat adalah perkara yang paling penting dalam hidup anda. Dengan kata lain, “kesihatan adalah kekayaan sebenar dan terbesar dalam hidup”.

Pelajar biasanya tidak menjaga kesihatan mereka dengan sempurna dan mengamalkan mengambil makanan ringan secara tetap. Secara tidak sedar makanan ringan yang mereka ambil merupakan penyumbang terbesar kepada masalah stres. Oleh itu, jagalah kesihatan anda. Elakkan makanan ringan dan makanlah makanan yang sihat dan berkhasiat.

Amalkan Pemakanan yang seimbang  yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

3) Dapatkan Cukup Tidur: –

sleep

Kini telah menjadi sebahagian amalan, kebanyakan pelajar kerap menggunakan telefon pintar mereka sehingga larut malam dan bangun pada lewat pagi. Ini merupakan tabiat yang sangat buruk bagi seorang pelajar. Banyak penyelidikan mengatakan orang yang tidak tidur cukup, akan mempunyai masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan masalah lain.

Pastikan anak masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulang kaji pada waktu awal pagi walaupun hanya 20 ataupun 30 minit. Pada waktu ini, fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman.

Oleh itu, tidur dengan sempurna, sekurang-kurangnya 7 jam untuk mengelakkan masalah seperti tekanan peperiksaan. Dapatkan tidur yang betul serta secukupnya dan bangun awal yang akan membantu anda mengekalkan rutin anda.

4) Bersukan: –

sport

Ramai pelajar tidak bersukan atau aktif melakukan aktiviti fizikal ketika musim peperiksaan mereka. Ini adalah tindakan yang kurang tepat. Otak anda juga perlukan rehat. Selitkan dalam jadual anda sedikit ruang untuk bermain dan bersosial dengan rakan-rakan anda, ianya akan dapat menyegarkan minda anda dan menghalang tekanan ketika peperiksaan anda.

Click untuk bacaan seterusnya disini….    10 2 click here free download png