Nota Padat SPM Fizik Tingkatan 4 adalah himpunan nota-nota fizik yang terpilih dari seluruh negara.
Nota-nota ini telah direka bentuk untuk memantapkan pengetahuan dalam ilmu fizik kepada pelajar. Nota ini disediakan bagi mereka yang celik untuk mengenal pasti konsep fizik dalam objek harian dan fenomena alam semulajadi. Fizik juga penting dalam Kajian
berkaitan fenomena alam, teori yang dibuktikan melalui pengiraan, Penggunaan unit standard melibatkan formula, jirim dan kuantiti yang diukur.
Maklumat yang disediakan di dalam Nota Padat SPM Fizik Tingkatan 4 ini menepati segala keperluan pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan dan memperoleh kelulusan yang cemerlang. Semoga ibubapa, guru dan pelajar mempoleh bermanafaat dari bahan yang disediakan….
DIPERSILAKAN KLIK DAN SHARE…..
ISI KANDUNGAN-Nota Fizik Tingkatan 4TAJUK 1 : PENGENALAN ASAS KEPADA FIZIKDownload : NOTA PILIHANTAJUK 2 : DAYA DAN GERAKAN GARIS LURUSDownload : NOTA PILIHANTAJUK 3 : DAYA DAN TEKANANDownload : NOTA PILIHANTAJUK 4: HABADownload : NOTA PILIHANTAJUK 5 : CAHAYADownload : NOTA PILIHAN |
Semoga perkongsian ini Nota Padat Fizik Tingkatan 4 manfaat kepada semua terutama mereka yang memerlukan untuk membuat pelbagai persediaan menghadapi peperiksaan nanti. Semoga kita juga mendapat manfaat jika hasil perkongsian kita yang tidak seberapa ini memberi kejayaan kepada mereka….
Artikel Pilihan : –
15 TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai
Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.
Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.
2. Semak Jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
3. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.