Pembentangan Bajet 2023

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini mengumumkan sejumlah RM372.3 bilion akan diperuntukkan bagi Bajet 2023 berbanding peruntukan RM332.1 bilion tahun lepas dalam bajet sebelumnya.

“Dengan tekad: “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama”, bajet ini akan memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan,” katanya semasa membentangkan Bajet 2023 di parlimen di sini hari ini selepas banyak desas-desus menyatakan pembentangan ini tidak akan diadakan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata dalam memastikan agenda Bajet 2023 yang responsif, kerajaan akan terus melaksanakan dasar fiskal yang mengembang yang mana pendekatan ini penting bagi menyediakan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan menyokong perniagaan.

1. Bantuan Awal Persekolahan RM150 Untuk Semua Murid

Menteri Kanan Kewangan sebentar tadi mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan BAP akan dinaikkan kepada RM150 tanpa mengira jumlah pendapatan keluarga.
Ini bermakna semua murid layak menerima BAP RM150 ini. Sebagai contoh, jika ada 4 orang anak maka akan layak menerima RM600.
Bajet 2023

2. RMT dinaikkan kepada RM3.50 Semenanjung, RM4.00 Sabah Sarawak

Menteri Kanan Kewangan sebentar tadi mengumumkan bahawa Rancangan Makanan Tambahan untuk murid yang kurang berkemampuan dinaikkan kepada RM3.50 bagi semenanjung dan RM4.00 bagi Sabah dan Sarawak.
Berita ini sudah pasti memberi kelegaan kepada semua keluarga yang kurang berkemampuan dan pengusaha kantin.
Sebelum ini, jumlah peruntukan RMT hanyalah RM2.50, ia menyebabkan pengusaha kantin tidak dapat menyediakan makanan dengan kadar yang sepatutnya kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi.

Bajet 2023 1


Telegram logo


3. Bantuan Khas 2023 RM700 Untuk Penjawat Awam

Menteri Kanan Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebentar tadi telah mengumumkan Bantuan Khas Penjawat Awam bagi 2023 adalah sebanyak RM700, Bayaran khas kakitangan awam ini akan dibayar pada tahun hadapan. Mereka yang layak adalah semua Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah.
Beliau membuat pengumuman itu tersebut dalam Pembentangan Belanjawan 2023 di Parlimen, yang sedang berlangsung ketika ini.
Selain daripada itu, Menteri Kanan Kewangan juga mengumumkan pemberian bayaran khas kepada pesara kerajaan sebanyak RM350.
Selain daripada itu, beliau memaklumkan bahawa Bantuan Khas Aidilfitri 2023 adalah sebanyak RM600 dan akan dibayar pada Mac 2023.
Pemberian bayaran ini sekaligus dapat meringankan sedikit bebanan penjawat awam yang juga menanggung kos sara hidup yang tinggi.
Ia juga dapat membantu ibu bapa yang memerlukan kewangan tambahan khususnya untuk menampung perbelanjaan awal tahun persekolahan anak-anak.

Bajet 2023 2

4. Kadar Maksimun Gantian Cuti Rehat (GCR)

Penebusan awal GCR dinaikkan kepada 90 hari

photo 2022 10 07 18 10 34

 

5. Kadar Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) Bagi Tahun 2023 Ditingkatkan

Berikut merupakan maklumat terbaru tambahan kadar bayaran BKM mengikut kategori.
BKM : kategori Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan .
RM2,500 : Lebih dari 5 Anak
RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak

Bajet 2023 3

Bajet 2023 4

BKM : Kategori Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)

Bajet 2023 5

BKM : Kategori Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)

Bajet 2023 6

6. Pembaharuan Bantuan e-Pemula

Terbaru bajet 2023, kerajaan umum kredit e-Dompet bernilai sebanyak RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000, ia akan dijangka memanfaatkan 8 juta individu.

Bajet 2023 7

7. Kenaikan gaji sebanyak RM100 kepada penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56

Kerajaan mengumumkan sebanyak RM100 bantuan kepada penjawat awan gred 11 keatas sehingga gred 56. Ini merupakan bantuan kerajaan khusus kepada para penjawat awam.

8. Kadar Elaun Sara Hidup tajaan JPA bagi pelajar dan pegawai dalam negara akan diseragamkan dan dinaikkan RM100 sebulan bagi semua peringkat pengajian

9. Guru KAFA, imam, bilal, siak terima bayaran khas RM500


10 Tips Untuk Mengurangkan Stress Ketika Musim Peperiksaan

1) Buat Jadual

jadual

Umumnya, pelajar tidak dapat menyusun kehidupan rutin belajar mereka dengan baik dan jika ada pun mereka gagal mengikutinya dengan tekal. Jadual mengulangkaji pelajaran ketika hari biasa adalah berbeza dengan jadual mengulangkaji ketika menghadapi peperiksaan. Jadual ulangkaji ketika peperiksaan haruslah dibina berdasarkan mata pelajaran yang dilalui untuk esok harinya atau yang terdekat . Jadual harus dibina mengikut kesesuaian aktiviti seharian dan perlu diikuti dengan disiplin yang ketat kerana tanpa jadual atau konsistensi yang betul, sangat sukar untuk mencapai keputusan yang di inginkan.

Bukan sahaja pelajar perlu ada jadual atau rutin tertentu tetapi kebanyakan mereka yang berjaya dalam hidup, mereka semua mempunyai corak atau rutin yang mereka ikuti secara tetap.

Jadi buatlah jadual rutin dan selaraskan dengan semua aktiviti yang anda lakukan dalam kehidupan seharian. Ia akan menjadikan anda seoarang pelajar yang lebih konsisten.

2) Ambil Makanan Sihat: –

Pemakanan Sihat 5 Makan BerseratSetelah mengikuti semua perkara di atas sekarang tiba waktunya untuk menjaga kesihatan anda. Perkara yang penting ini sering diabaikan oleh hampir semua orang. Gaya hidup yang sihat adalah perkara yang paling penting dalam hidup anda. Dengan kata lain, “kesihatan adalah kekayaan sebenar dan terbesar dalam hidup”.

Pelajar biasanya tidak menjaga kesihatan mereka dengan sempurna dan mengamalkan mengambil makanan ringan secara tetap. Secara tidak sedar makanan ringan yang mereka ambil merupakan penyumbang terbesar kepada masalah stres. Oleh itu, jagalah kesihatan anda. Elakkan makanan ringan dan makanlah makanan yang sihat dan berkhasiat.

Amalkan Pemakanan yang seimbang  yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

3) Dapatkan Cukup Tidur: –

sleep

Kini telah menjadi sebahagian amalan, kebanyakan pelajar kerap menggunakan telefon pintar mereka sehingga larut malam dan bangun pada lewat pagi. Ini merupakan tabiat yang sangat buruk bagi seorang pelajar. Banyak penyelidikan mengatakan orang yang tidak tidur cukup, akan mempunyai masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan masalah lain.

Pastikan anak masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulang kaji pada waktu awal pagi walaupun hanya 20 ataupun 30 minit. Pada waktu ini, fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman.

Oleh itu, tidur dengan sempurna, sekurang-kurangnya 7 jam untuk mengelakkan masalah seperti tekanan peperiksaan. Dapatkan tidur yang betul serta secukupnya dan bangun awal yang akan membantu anda mengekalkan rutin anda.

4) Bersukan: –

sport

Ramai pelajar tidak bersukan atau aktif melakukan aktiviti fizikal ketika musim peperiksaan mereka. Ini adalah tindakan yang kurang tepat. Otak anda juga perlukan rehat. Selitkan dalam jadual anda sedikit ruang untuk bermain dan bersosial dengan rakan-rakan anda, ianya akan dapat menyegarkan minda anda dan menghalang tekanan ketika peperiksaan anda.

Click untuk bacaan seterusnya disini….    10 2 click here free download png