
Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendaftaran Online Tahun 1 2020/2021 adalah salah satu cabang yang diperkenalkan dalam Sistem Pendaftaran tersebut
Borang pendaftaran murid tahun satu seluruh negeri sesi 2020/ 2021 hendaklah diisi secara online bagi bakal pelajar yang menetap di Semenanjung Malaysia (permohonan boleh di isi secara online menerusi applikasi permohonan dibawah). Manakala bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, ibu-bapa atau penjaga wajib mengemukakan permohonan secara manual dengan pergi ke sekolah yang berhampiran untuk dapatkan borang. Untuk makluman sistem permohonan atau pendaftaran akan dibuka secara atas talin mulai 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019.
Permohonan Tahun 1 Ambilan 2020/2021
Maklumat mengenai permohonan Pendaftaran Online Tahun 1 2020/2021 kemasukan Tahun 1 ambilan 2020/2021 adalah seperti berikut:
- Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah.
-
- Dibuka mulai 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019
- Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
- Layari https://public.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian bagi pengguna berdaftar. Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna untuk pendaftaran pengguna baharu.
- Kemasukan Tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.
- Kemasukan Tahun 2021 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015.
- Permohonan secara manual melalui sekolah.
Permohonan secara dalam talian
- Dibuka mulai 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019
- Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
- Layari https://eprasekolah.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian
- Borang yang lengkap diisi perlu dicetak dan diserahkan kepada sekolah yang dipohon beserta dengan senarai semak yang dinyatakan di dalam borang permohonan
- Penyerahan borang perlu dilakukan di dalam tempoh permohonan
Permohonan secara manual
- Dibuka mulai 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019
- Ibu/bapa/penjaga boleh mendapatkan borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon
- Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan semula kepada sekolah yang dipohon beserta dengan dokumen berkaitan
- Penyerahan borang perlu dilakukan di dalam tempoh permohonan
Semakan Keputusan Permohonan Online Tahun 1 Ambilan 2020
Ibubapa atau penjaga yang telah membuat pendaftaran secara online tahun 1 ambilan 2020 boleh membuat semakan keputusan disini
Sistem Aplikasi Semakan Permohonan Tahun 1 SPATKPM
Maklumat Tentang Sekolah Rendah
Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.
Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.
Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Maklumat lanjut sila layari http://www.moe.gov.my/index.php/my/sekolah/sekolah-rendah
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 14/2002 :
PELAKSANAAN PENDIDIKAN WAJIB DI PERINGKAT RENDAH 2003
Akta Pendidikan 1996 telah dipinda dengan memasukkan satu seksyen baru, iaitu
Seksyen 29A yang menetapkan kuasa Menteri untuk mewajibkan pendidikan rendah di
negara ini. Seksyen 29A (2) juga menjelaskan bahawa setiap ibu bapa yang merupakan
warganegara Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai
umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa
anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus
menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.
Pendidikan wajib – Tiada ibu bapa diheret ke mahkamah
Artikel dari Utusan Online : 07/10/2003
KEMENTERIAN Pendidikan sehingga kini tidak pernah mengambil sebarang tindakan mahkamah ke atas ibu bapa yang gagal mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah rendah. Terdapat peruntukan dalam Akta Pendidikan yang membolehkan ibu bapa diheret ke mahkamah jika gagal berbuat demikian.
Menurut sumber Kementerian Pendidikan, walaupun ada ibu bapa yang mengingkari peraturan berkenaan, pihaknya kini masih menggunakan pendekatan bimbingan dan memberi nasihat.
“Ini tahun pertama peraturan pendidikan wajib diperkenalkan, jadi kami lebih banyak menggunakan pendekatan memberi nasihat dan bimbingan kepada ibu bapa mengenai kewajipan mereka memberikan pendidikan kepada anak-anak terutamanya semasa enam tahun di sekolah rendah.
“Lagipun, untuk mendakwa ibu bapa ke mahkamah, bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan prosedur yang panjang,” kata sumber itu ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut sumber itu lagi, peraturan pendidikan wajib diperkenalkan demi kepentingan semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan wajib di sekolah rendah sekurang-kurangnya selama enam tahun.
Peraturan tersebut kata sumber itu, bukanlah dibuat untuk menghukum ibu bapa, tetapi lebih kepada menjaga hak kanak-kanak tersebut.
Peraturan pendidikan wajib terkandung dalam Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.
Di bawah pindaan itu, satu seksyen baru iaitu Seksyen 29A dimasukkan ke dalam akta berkenaan yang memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan pendidikan rendah sebagai pendidikan wajib.
Seksyen 29A(2) memperuntukkan setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini memastikan anak mereka yang mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari didaftarkan sebagai murid sekolah rendah.
Menurut Seksyen 29A(4), ibu bapa yang melanggar peruntukan tersebut adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, jelas sumber itu lagi, terdapat dua pengecualian dalam pelaksanaan peraturan pendidikan wajib.
Pengecualian pertama kata sumber itu ialah bagi ibu bapa yang tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah disebabkan kanak-kanak itu mengalami kecacatan mental atau fizikal dan sekolah berhampiran pula tidak dapat menyediakan kemudahan untuk kanak-kanak itu.
“Ibu bapa berkenaan boleh memohon untuk menangguhkan persekolahan anak mereka sehingga kepada satu masa yang sesuai,” kata sumber itu.
Pengecualian kedua ialah bagi ibu bapa yang mahu memberikan pendidikan di rumah atau dipanggil homeschooling.
Bagaimanapun menurut sumber itu, konsep homeschooling hanya boleh dilaksanakan dengan kebenaran khas oleh Menteri Pendidikan berdasarkan permohonan serta bukti-bukti kukuh dan sahih yang dikemukakan oleh ibu bapa itu mengenai kenapa anak mereka tidak boleh dihantar ke sekolah biasa.
Kata sumber itu lagi, bagi kedua-dua kes pengecualian itu, ibu bapa ini tidak akan dikenakan tindakan sekiranya tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Secara purata, setiap tahun, terdapat kira-kira tiga peratus atau 15,000 kanak-kanak daripada kohort umur tujuh tahun tidak didaftarkan ke sekolah.
Selain Malaysia, Singapura juga turut melaksanakan peraturan yang sama sejak Oktober lalu.
Berdasarkan pengalaman Singapura, beberapa prosedur dan proses yang panjang perlu dilalui sebelum ibu bapa boleh didakwa kerana tidak mendaftar anak ke sekolah.
Prosedur yang panjang itu antara lain melibatkan beberapa sesi kaunseling oleh jawatankuasa khas yang mengkaji masalah ibu bapa yang tidak mendaftar anak mereka ke sekolah.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz5YrIQjsP9
© Utusan Melayu (M) Bhd