

SSO Sistem Semakan Online memudahkan pengguna menyemak status perkhidmatan secara efektif dan efisen. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menyemak Semakan Status Keputusan Repot Polis, Status Saman Trafik, Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM dan Status Permohonan Lesen Am pada bila-bila masa sahaja.
Sistem Semakan Online memudahkan semakan terhadap status perkhidmatan polis secara atas talian. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna dan log masuk ke dalam talian sistem dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Panduan Untuk LOGIN kali pertama SSO Sistem Semakan ONLINE





|
|
Q |
: |
Bagaimanakah cara untuk saya membuat semakan repot? |
A |
: |
Setelah Berjaya log masuk ke dalam Sistem SSO, anda perlu klik pada ikon “Status Repot” dan masukkan “No. Repot polis” yang telah dibuat ke atas No. Kad Pengenalan anda. |
|
Q |
: |
Adakah saya boleh membuat semakan repot ke atas repot orang lain? |
A |
: |
Tidak. Anda hanya dibenarkan membuat semakan terhadap repot yang didaftarkan menggunakan No. Kad Pengenalan anda sahaja. |
|
|
|
|
|
Q |
: |
Bagaimanakah cara untuk saya membuat semakan saman trafik? |
A |
: |
Setelah Berjaya log masuk ke dalam Sistem SSO, anda perlu klik pada ikon “Status Saman” dan anda boleh membuat semakan saman ke atas No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan anda. |
|
Q |
: |
Bolehkah saya membuat semakan saman ke atas No. Kad Pengenalan orang lain? |
A |
: |
Tidak. Anda hanya boleh membuat semakan ke atas No. Kad Pengenalan anda sahaja. |
|
Q |
: |
Bolehkan saya membuat semakan saman ke atas No. Kenderaan orang lain? |
A |
: |
Tidak. Anda hanya boleh membuat semakan ke atas No. Kenderaan yang didaftarkan menggunakan No. Kad Pengenalan anda sahaja. |
|
Q |
: |
Bolehkah saya membayar saman dengan kaedah online? |
A |
: |
Boleh. Anda boleh membuat pembayaran saman melalui MyBayar, MyEG dan Rilek.com.my. |
|
Q |
: |
Bagaimana kaedah atau saluran pembayaran saman? |
A |
: |
Kaedah Pembayaran Saman adalah seperti berikut:- |
|
- Tunai
- Kad Kredit
- Wang Pos
- Bank Draf
|
|
|
|
|
Saluran Pembayaran Saman adalah seperti berikut:- |
|
- Kaunter Trafik
- Kaunter Pos Malaysia
- MyEG (www.myeg.com.my)
- RILEK (www.rilek.com.my)
- MyBayar
- Mesin ATM Maybank
|
|
|
|
|
|
|
|
Q |
: |
Bagaimanakah cara untuk saya membuat semakan status pengambilan? |
A |
: |
Setelah berjaya log masuk ke dalam Sistem SSO, anda perlu klik pada ikon ” Status Pengambilan” dan anda boleh membuat semakan pengambilan jawatan PDRM menggunakan No. Kad Pengenalan anda. |
|
Q |
: |
Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum menghadiri ujian fizikal? |
A |
: |
Calon yang dipanggil perlulah membuat beberapa persediaan penting seperti berpakaian kemas (bukan jeans atau kemeja-T), berkasut, berambut pendek dan kemas, membawa alat tulis secukupnya dan pakaian sukan semasa menjalani ujian fizikal. |
|
Q |
: |
Apakah persediaan yang perlu dibuat bagi calon yang berjaya untuk temuduga? |
A |
: |
Calon-calon perlu membuat persiapan seperti mengetahui isu-isu semasa dan terkini, perkembangan dan carta organisasi PDRM; membuat persiapan fizikal dan mental, menunjukkan kesungguhan dan keinginan yang tinggi untuk menyertai pasukan PDRM. |
|
Q |
: |
Jika saya mempunyai sebarang kemusyikan lain mengenai pengambilan di dalam PDRM, saluran manakah yang boleh saya hubungi? |
A |
: |
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan pengambilan, anda boleh menghubungi Unit Pengambilan, Bukit Aman di talian 03-22668350/8351. |
|
|
|
|
|
|
|
Q |
: |
Kenapa hanya paparan kosong yang keluar setelah saya log masuk ke sistem ini? |
A |
: |
Kadangkala sistem tergendala atau loading terlalu perlahan disebabkan oleh gangguan rangkaian. Jika ini berlaku sila log masuk kembali. |
|
Q |
: |
Kenapa skrin saya kembali ke laman utama sedangkan saya sedang melayarinya? |
A |
: |
Anda mungkin membiarkan halaman begitu sahaja dalam tempoh yang lama. Anda perlu log masuk kembali untuk terus melayari sistem. |
|