Berikut disediakan Takwim Penggal Persekolahan 2019 khusus untuk menjadi panduan dan persediaan kepada ibu bapa, guru-guru dan semua pelajar………semoga memberi manafaat kepada semua |
Penggal Persekolahan Tahun 2019
Penggal Persekolahan Tahun 2019
DIPERSILAKAN CLICK DIBAWAH INI
DOWNLOAD : Penggal Persekolahan Tahun 2019
Artikel Pilihan 1:-
Memanfaatkan musim cuti persekolahan
Artikel : Berita Harian, Jumaat, 30 November 2018 | 12:49pm
Diolah semula oleh : https://e-perkhidmatan.com
Musim cuti persekolahan hujung tahun yang panjang sudah bermula. Anak pasti gembira selepas hampir setahun bersusah payah ke sekolah demi menjadi insan yang berguna.
Bagi yang menduduki peperiksaan utama pula pasti berdebar menanti saat keputusan peperiksaan diumumkan. Malah bagi yang selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lebih merunsingkan, apabila keputusannya nanti menentukan ke mana arah tuju pendidikan seterusnya, selain bakal mencorakkan kerjaya masa depan.
Antaranya dengan menghantar anak ke kelas pemantapan bahasa Inggeris mahupun mempelajari bahasa Mandarin dan bahasa Tamil agar selesa bergaul bersama rakan berlainan bangsa. Ini sekali gus mampu mewujudkan nilai toleransi dan keharmonian kaum dalam masyarakat majmuk mengikut acuan Malaysia.
Dalami ilmu agama
Pada masa sama, ibu bapa Muslim secara khusus, diajak mengambil kesempatan masa cuti untuk menghantar anak mendalami ilmu agama melalui kursus pendek yang banyak dianjurkan seperti kelas tahsin al-Quran, kelas tahfiz al-Quran dan kelas tahsinus solah. Selain itu, terdapat program motivasi peningkatan jati diri, smart learning, bagaimana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan juga boleh menjadi pilihan ibu bapa. Ibu bapa boleh menghantar anak ke pusat tuisyen sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan utama menjelang sesi persekolahan yang baharu agar persiapan rapi dapat dilakukan sejak awal tahun lagi.
Mengambil Lesen Memandu
Bagi yang berkemampuan bolehlah memenuhkan masa lapang dengan menghantar anak belajar memandu di pusat latihan memandu yang bertauliah. Ini juga penting kerana terdapat anak bermotosikal ke sekolah, tetapi tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Implikasinya apabila berlaku perkara yang tidak diingini seperti terlibat dengan kemalangan dalam perjalanan ke sekolah ibu bapa juga yang menanggung akibat. Malah, kegilaan sesetengah anak remaja yang bermotosikal tanpa lesen dan tidak mengenakan topi keselamatan lebih merumitkan ibu bapa dan pihak berkuasa.
Melibatkan Diri Dengan Gotong-royong
Lebih daripada itu, musim cuti persekolahan juga adalah masa terbaik untuk ibu bapa yang berkerjaya menghabiskan cuti tahun bersama anak. Ini dapat dilakukan dengan bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar rumah yang kemungkinan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes mahupun sarang binatang berbahaya seperti tikus dan ular. Selain itu, boleh juga dirancang untuk melancong atau bercuti ke tempat menarik di dalam atau luar negara mengikut bajet dan kemampuan masing-masing. Ibu bapa juga boleh membawa anak pulang ke kampung halaman yang jauh daripada hiruk-pikuk kota raya yang pastinya mendamaikan dan udara yang menyihatkan.
Bercucuk Tanam
Selain menziarahi orang tua dan saudara-mara di kampung, pelbagai aktiviti bermanfaat juga boleh dilakukan. Misalnya dengan mengajar anak asas bercucuk tanam ataupun memelihara ayam dan itik yang mula asing bagi anak abad ke-21 ini. Boleh jadi terdapat dalam kalangan mereka yang tidak pernah memberi makan kepada ayam itik sehingga jadi pengalaman yang mengujakan. Anak juga boleh diajar memancing di sawah ataupun sungai berdekatan, selain memupuk rasa kecintaan sebenar kepada alam sekitar yang kemungkinan hanya diketahui melalui teori yang ada dalam buku sekolah.
Malah, cuti sekolah juga boleh dimanfaatkan oleh guru dan pendidik demi mempertautkan hubungan kekeluargaan. Berkemungkinan ketika musim persekolahan banyak masa ditumpukan untuk mendidik anak bangsa, maka masa cuti elok dimanfaatkan untuk mendidik anak sendiri. Usah jadi seperti kera di hutan disusukan sedangkan anak sendiri dibiar kelaparan.
Click untuk bacaan seterusnya disini….
Artikel Pilihan 2 : –
10 Ciri Khas Sistem Pendidikan Jepun Yang Menjadikan Seluruh Dunia Iri Hati
Orang Jepun terkenal dengan kecerdasan mereka, kesihatan yang kuat, kesopanan, dan kesejahteraan. Tetapi kenapa bangsa ini begitu unik dan berbeza dari seluruh dunia? Kami di sini nampaknya telah menemui jawapannya: mereka mempunyai sistem pendidikan yang sangat menakjubkan!….Sila perhatikan 10 ciri khas sistem pendidikan Jepun yang menjadikan seluruh dunia iri hati dengan mereka
1. Adab Dahulu Sebelum Ilmu
Di sekolah Jepun, pelajar tidak mengambil sebarang peperiksaan sehingga mereka mencapai kelas empat (berumur 10 tahun). Mereka hanya mengambil ujian kecil. Adalah dipercayai bahawa matlamat untuk 3 tahun pertama sekolah bukanlah untuk menilai pengetahuan atau pembelajaran anak, tetapi untuk menegakkan kebiasaan dan mengembangkan karakter mereka. Kanak-kanak diajar untuk menghormati orang lain dan menjadi lembut kepada haiwan dan alam semula jadi. Mereka juga belajar bagaimana untuk menjadi murah hati, penuh belas kasihan, dan empati. Di samping itu, anak-anak diajar kualiti seperti kengerian, kawalan diri dan keadilan.
2. Tahun akademik bermula pada 1 April.
Walaupun kebanyakan sekolah dan universiti di dunia memulakan tahun akademik mereka pada bulan September atau Oktober, di Jepun ia adalah bulan April yang menandakan permulaan kalendar akademik dan perniagaan. Hari pertama sekolah sering bertepatan dengan salah satu fenomena semulajadi yang paling indah – masa bunga ceri. Tahun akademik dibahagikan kepada 3 trimester: 1 April – 20 Julai, 1 September – 26 Disember, dan 7 Januari – 25 Mac. Pelajar Jepun mendapat 6 minggu bercuti pada musim panas. Mereka juga mempunyai rehat selama dua minggu pada musim sejuk dan musim bunga.
3. Kebanyakan sekolah Jepun tidak menggunakan janitor atau kustodian. Pelajar membersihkan sekolah mereka sendiri.
Di sekolah Jepun, para pelajar perlu membersihkan bilik darjah, kafetaria, dan juga tandas sendiri. Ketika aktiviti pembersihan dijalankan, pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil dan tugas yang ditetapkan yang berputar sepanjang tahun. Sistem pendidikan Jepun percaya bahawa mengharuskan pelajar membersihkan diri setelah mereka mengajar mereka untuk bekerja dalam satu pasukan dan membantu satu sama lain. Selain itu, menghabiskan masa dan usaha mereka sendiri menyapu, mengemop, dan mengelap membuat anak-anak menghormati pekerjaan mereka sendiri dan pekerjaan orang lain.
4. Di sekolah Jepun, makan tengah hari sekolah disediakan mengikut menu yang standard dan dimakan di dalam bilik darjah.
Sistem pendidikan Jepun melakukan yang terbaik untuk memastikan pelajar makan makanan yang sihat dan seimbang. Di sekolah rendah dan sekolah menengah awam, makan tengah hari untuk pelajar dimasak mengikut menu yang diselaraskan bukan sahaja oleh koki (tukang masak) yang berkelayakan tetapi juga oleh profesional penjagaan kesihatan. Semua rakan sekelas makan di dalam bilik darjah bersama guru. Ini membantu membina hubungan guru-pelajar yang positif.