Berikut dikongsikan Himpunan buku program, modul, aktiviti dan pelbagai dokumen lagi berkenaan program transisi tahun 1……Semoga ianya memberi kemudahan dan panduan kepada guru-guru untuk menjalankan program transisi tahun 1 di sekolah masing-masing…
Program Transisi Tahun 1 merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan keadaan, persekitaran dan pembelajaran yang berbeza daripada alam pendidikan di prasekolah atau tadika. Melalui Program Transisi ini, para guru dapat menyelaras keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid-murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 1. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.
1. KIT TRANSISI TAHUN 1
DOWNLOAD : KIT TRANSISI TAHUN 1
2. BUKU PROGRAM MINGGU TRANSISI
DOWNLOAD :
3. KERTAS KERJA MINGGU TANSISI
DOWNLOAD :
- KERTAS KERJA 1
- KERTAS KERJA 2
- KERTAS KERJA 3
- KERTAS KERJA 4
- KERTAS KERJA 5
- KERTAS KERJA 6
- KERTAS KERJA 7
- KERTAS KERJA 8
4. JADUAL AKTIVITI TRANSISI TAHUN 1
DOWNLOAD :
5. CONTOH AKTIVITI DAN MODUL MINGGU TRANSISI TAHUN 1
DOWNLOAD :
- CONTOH AKTIVITI 1
- CONTOH AKTIVITI 2
- MODUL TRANSISI
- MODUL TRANSISI 2018
- AKTIVITI BAHASA INGGERIS
- MODUL BBM TRANSISI TAHUN 1
- MODUL TRANSISI BAHASA ARAB TAHUN 1
6. LAPORAN MINGGU TRANSISI TAHUN 1
DOWNLOAD :
7. TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN TRANSISI TAHUN 1
DOWNLOAD : TEKS UCAPAN
BIDANG TUGAS GURU BAGI PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
BIDANG TUGAS GURU-GURU MATAPELAJARAN
Memahami konsep dan tujuan Program Transisi
Menggunakan pelbagai pendekatan terhadap murid yang berbeza.
Membantu merancang aktiviti yang memenuhi keperluan JERI murid.
Merekod dan mengemaskinikan rekod pembelajaran 3M dan dalam aktiviti pra huruf, pra nombor dan pra warna.
Membuat laporan dari semasa ke semasa kepada jawatankuasa mengenai perkembangan
setiap murid dalam mata pelajaran mereka.
Merangka strategi untuk menyelesaikan tahap penguasaan 3M murid yang berbeza.
Menyimpan hasil keputusan penilaian, pemerhatian dan ujian sepanjang tahun.
Menjaga dan mengemaskini sudut dan ruang mata pelajaran masing-masing.
Membuat dan membaiki ABM untuk dipamerkan di sudut atau ruang mata pelajaran.
Menyediakan rancangan tahunan bertema dan rangka aktiviti untuk minggu transisi.
BIDANG TUGAS GURU KELAS
Memahami konsep dan tujuan Program Transisi.
Menyediakan persekitaran kelas yang ada persamaan dengan tadika.
Melukis pelan bilik darjah.
Menyediakan sudut ruang mata pelajaran.
Menjaga dan memantau keceriaan dan kebersihan kelas berdasarkan garis panduan yang diberikan.
Prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan murid semasa di sekolah dan bertanggungjawab kepada ibu bapa dan penjaga murid.
Menyediakan senarai bahan dan peralatan untuk kegunaan bilik darjah
Mengumpul maklumat untuk tujuan pengrekodan daripada ibu bapa atau penjaga murid.
Menyimpan rekod profil dan rekod kesihatan murid.
Membahagikan murid kepada kumpulan mengikut kecerdasan dan tahap kemampuan murid selepas minggu transisi.
Mengumpul dan menyediakan laporan murid tentang penguasaan nilai, rutin dan peraturan dalam bilik darjah secara berterusan.
Mengutip dan merekod yuran daripada ibu bapa dan penjaga.
BIDANG TUGAS GURU PENYELARAS TAHUN SATU
Merangka dan menyelaras aktiviti untuk tiga minggu (sepanjang Program Transisi dijalankan).
Merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, Majlis Suaikenal Tahun 1 dan Majlis Penutupan Minggu Transisi.
Mencari sumber kewangan untuk melaksanakan aktiviti yang hendak dirancang.
Mengumpul rekod serta laporan untuk dirumuskan kepada pihak pentadbir.
Mengemaskini fail perlaksanaan program transisi secara berterusan.
Membantu menyediakan dan mengedarkan bahan edaran kepada ibu bapa penjaga.
Membantu memantau sepanjang perlaksanaan program.
Bertindak sebagai pakar rujuk.
BIDANG TUGAS SETIAUSAHA AJK KERJA
Mencatat minit mesyuarat dan taklimat yang dilakukan secara formal atau tidak.
Membantu merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, minggu transisi, majlis suai kenal murid Tahun Satu dan Majlis Penutup Minggu Transisi.
Menyediakan dan mengedarkan aturcara bagi setiap majlis formal sepanjang program diadakan.
Mengedar surat edaran dan jemputan kepada pihak yang berkenaan.
Memastikan maklumat disampaikan jelas dan mendapat maklumbalas seperti yang dikehendaki.
Menyimpan fail dan rekod perlaksanaan program.
Menyediakan laporan bertulis mengenai perlaksanaan program di akhir tahun.