UPUOnline Penjawat Awam Program Tajaan JPA (CBBDPBKP) adalah sistem permohonan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) atau Politeknik program Tajaan JPA dengan cuti belajar bergaji penuh dalam perkhidmatan bagi kumpulan pelaksana (CBBDPBKP)
TAHUN 2018

upu5

Manual_Sistem_CBBDPBKP

Syarat Permohonan UPUOnline Penjawat Awam Program Tajaan JPA (CBBDPBKP) 2018

1. Hanya penjawat awam yang ingin memohon program Ijazah Sarjana Muda di UA dan Diploma di UA/ Politeknik Premier perlu kemukakan permohonan melalui UPUOnline.

2. Bagi penjawat awam yang berminat untuk memohon kemasukan program Diploma di Politeknik Konvensional/ METrO perlu memohon terus ke Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik.

3. Penjawat awam yang berjaya dalam tajaan JPA CBBDPBKP bagi program Sijil / Diploma (TVET) peru memohon terus ke Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Pusat Bertauliah yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Permohonan Penjawat Awam Program Tajaan JPA (CBBDPBKP) 2018

1. Pemohon perlu layari ke laman web UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/.

2. Anda dikehendaki untuk melakukan Daftar Akaun Baru bagi membolehkan anda melakukan permohonan kemasukan ke Univesiti Awam (UA) / Politeknik.

3. Sekiranya anda telah mendaftar, sila Log Masuk dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluanyang telah didaftarkan semasa Daftar Akaun Baru dibuat.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi di talian helpline UPU (03) 8870 8200 atau boleh mengunjungi kaunter runding cara kami di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi.

Selamat membuat Permohonan UPUOnline Penjawat Awam Program Tajaan JPA (CBBDPBKP) 2018. Semoga anda berjaya tawaran kemasukan ke UA.

UPUOnline – PENJAWAT AWAM

Penjawat awam yang berjaya dalam program tajaan JPA Cuti Belajar Bergaji Penuh Dalam Perkhidmatan Bagi Kumpulan Pelaksana (CBBDPBKP) TAHUN 2018 kini boleh memohon di portal UPU (upu.mohe.gov.my) mulai:

1 Mac 2018 hingga 10 April 2018

“Pemilihan adalah tertakluk kepada keperluan memenuhi syarat am dan khas yang ditetapkan oleh Senat UA masing-masing”

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200 atau boleh mengunjungi kaunter runding cara kami di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi.
Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi – 5.30 petang atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/