upu e1522038643115

Font C.svg e1522023815378alon-calon (pemohon) lepasan SPM setaraf, STPM setaraf, Matrikulasi, politeknik dan yang setaraf yang nemohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Konvensional/METro, Kolej Komuniti dan ILKA bagi sesi 2017/2018 boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan keputusan status permohonan melalui halaman ini. UPUonline adalah sebuah sistem atas talian yang membolehkan anda memohon untuk menjadi seorang pelajar di IPTA

Antara kandungan maklumat serta informasi yang akan dipaparkan dalam halaman ini adalah merangkumi tarikh penting, semakan keputusan panggilan temuduga serta hebahan keputusan diumumkan dan pautan saluran semakan keputusan juga cetakan tawaran. KERATONG

Permohonan UPU boleh dibuat secara online melalui web upu. Sebelum memohon UPU, para pelajar dikehendaki untuk membeli nombor PIN di bank Simpanan Nasional (BSN). Selepas pin di beli, barulah pelajar mendapat akses untuk memasuki laman web permohonan UPU.

upu online

Kategori PermohonanLepasan SPM/Setaraf

Kategori permohonan untuk pemohon lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:

  • Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa sahaja.
  • Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM dua tahun sebelum tahun semasa.

 

Kategori PermohonanLepasan STPM/Setaraf

Kategori permohonan untuk pemohon lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:

  • Kategori A • Aliran Sastera.
  • Kategori S • Aliran Sains.

Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)
Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:

  • Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
  • Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
  • Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
  • Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
  • Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
  • Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.

Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori G, E, F)

Kategori G • DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA) / DIPLOMA POLITEKNIK :

  • DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA)
  • DIPLOMA POLITEKNIK

Kategori E • DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN :

  • DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)
  • DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA (DLKM)
  • DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
  • DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN

Kategori F • KELAYAKAN SETARAF :

  • A LEVEL
  • INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA (IBD)
  • SEKOLAH SUKAN (SSBJ/SSTMI/SSMP)
  • STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
  • MATRIKULASI KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
  • STAM (DUA (2) TAHUN SEBELUM TAHUN SEMASA)
  • AUSMAT/ SAM / ADFP
  • FOUNDATION IPTS

Lepasan STAM (Kategori T)

Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja.

• Pemohon yang mempunyai taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui     BPKP JPT.
• Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.

 

Program Lepasan SPM/Setaraf – Syarat Am Permohonan

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Program Pengajian UA dan Politeknik Premier

Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:

  • Semua program pengajian di UiTM;
  • Asasi UIAM;
  • Asasi Sains UM;
  • Asasi UNIMAS;
  • Asasi UMS; dan
  • Asasi UniSZA

Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan:

  • Asasi Pengajian Islam UM;
  • Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
  • Tahmidi USIM;
  • Asasi UKM, UUM; dan
  • Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier
Program Lepasan STPM/SetarafSyarat Am Permohonan

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:

Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.
Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.

Kelayakan

i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;

DAN

ii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau

iii. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; atau

iv. MATRIKULASI / ASASI

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

DAN

v. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2012.